Pak Ngah's FotoPage

By: Pak Ngah Sintok

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 30-Aug-2006 00:25 Email | Share | | Bookmark
Saat gembira.....

Paintball
Aduh sakitnya....
Baru lahir
View all 6 photos...
Minggu lepas merupakan saat yang paling gembira buat kami sekeluarga.. Namun ia juga merupakan saat yang paling mencabar buat aku.
Bermula pada hari Khamis, 17 Ogos, isteri aku mengalami masalah air ketuban yang bocor. Hari Jumaat, doktor beritahu bahawa imasalah tu tak serius. Hari Sabtu aku pulak sibuk, ada Paintball game kat Bandar Sunway.. seronok juga cuma kena tembak kat pipi yang tak seronoknya...
Hari Ahad berehat kat rumah, keadaan isteria aku masih macam tu juga, setiap sejam terpaksa ke bilik air. Mak mertua aku sampai petang tu. Depa nak ke Mekah pada hari Selasa.

Pagi Isnin, 21 Ogos aku bawa isteri aku ke hospital untuk check. Doc suspect urine infection tapi bila check betul betul, rupanya water beg leakage. So terus dia suruh admit ke wad. Kelam kabut kami balik rumah ambil barang barang yang patut dan patah balik ke hospital.
Petang tu doktor start induce. Tak sakit sakit juga.. Esoknya tu nasib baik abang ipar aku dah balik dari assignment dia di Pakistan, so dia yang pi hantar mak n pak mertua aku ke KLIA. Petang Selasa tu masih tak sakit so doktor suruh hentikan induce. Dah 4 botol dah masa tu.
Masuk wad biasa, rehat. Pagi Rabu, sambung balik induce. Pukul 8.30 malam, doktor datang jumpa beritahu kalau air botol yang ke 7 ni dah habis tapi tak sakit juga, terpaksa la buat ceasarean. Dia tetapkan buat jam 7 pagi esoknya, Khamis. Pakar bius pun datang dan bagi penerangan samada nak ambil full GA atau epidural.
Malam tu pukul 11.30 malam bini aku start sakit. Dalam masa 2 jam baby boy dilahirkan pada jam 12.55 pagi, Khamis 24 Ogos 2006.
Nama baby tu Shariz Amir Hakim.



Wednesday, 16-Aug-2006 01:44 Email | Share | | Bookmark
Enjoy

Bersenam robik
Bersukaneka
Jumbo sale
View all 4 photos...
Aku masih lagi sibuk dengan hal hal kerja, kelab sukan, pengadil bolatampar, biro sukan dan hal hal lain.
Parents aku dah balik dari Makkah hari Jumaat lepas. Alhamdulillah semua sihat, batuk batuk tu biasala bagi orang yang balik dari Makkah.
Jumaat sebelumnya aku sibuk ngan Jumbo sale anjuran kelab sukan SC. Kami kutip benda benda terpakai dan jual, Dapat la dalam RM3,000 termasuk ngan sumbangan derma. Duit ni cadangnya nak bagi kat Yayasan Kebajikan Negara.
Minggu lepas sibuk ngan preparation untuk Family day SC. Aku in charge cari orang jual aiskrim ngan durian. Aku berjaya dapatkan 1,200 kon aiskrim untuk RM500 dan 1,300 biji durian untk RM3,000.
Meriah juga la family day tahun ni, buat kat FRIM. Ada la dekat 1,200 orang hadir. The kids enjoy themselves. Ammar ngan Iqa menang dua acara, cari gula-gula ngan bawa bola ping pong dalam sudu. Lepas tu pi berendam dalam air sungai kat FRIM yan sejuk tu sambil makan durian...
Minggu sebelumnya tu aku sibuk ngan Liga Komuniti Bolatampar untuk kawasan Kota Damansara. Datuk Mokhtar Dahlan yang rasmikan.
Sekarang ni sibuk ngan penganjuran Kejohanan Golf Jemputan, Subang Bestari Zon 3.

Hari Isnin malam, iqa jatuh dari sofa semasa nak melangkah. Mulut dia terantuk kat tepi sofa tu. Berdarah juga sebab dia tegigit bibir dia. Ingatkan sikit je, bangun pagi semalam, muka dia bengkan sebelah. Terus bawa jumpa dentist takut gigi dia tercucuk gusi. Tapi dentist suruh tunggu hingga bengkak surut baru nak buat any treatment. Pagi ni dah surut sikit, tapi still bengkak lagi la.. Kesian betul tengok muka dia tu.


Tuesday, 1-Aug-2006 08:35 Email | Share | | Bookmark
August 2006

Bersama pengantin sehari
Ammar kena cabut gigi
Iqa happy tak kena cabut gigi
Tup tup dah bulan Ogos. Bebudak CMGTS pun dah habis training kat SC.. Aman sikit... Tapi dah kecoh pasal banyak pulak graduan yang masih menganggur. Our Chairman kena panggil ngan Menteri Kewangan II (MKII) dan diarahkan buat satu program untuk latih sekurang kurangnya 1,000 graduan menganggur dalam tempoh setahun ni... hmmm kerja lagi.. so last 2 weeks sibuk prepare paper untuk MKII. Dah submit dah Jumaat lepas tapi tak tau la dia nak approve ke tak budget RM2.7 juta yang diminta tu...

Last week was quite a busy week. Parent aku arrive KL on Monday petang. Adik aku yang kerja nurse kat Taiping tu pun sampai petang tu. Bini aku pulak ada meeting kat HQ BCB, selalunya balik naik Putra LRT dan aku ambik kat stesen Kelana Jaya. Petang tu juga Putra LRT buat hal, ada train sangkut dalam terowong, stesen Masjid Jamek kena tutup. Terpaksa la dia naik teksi ke TTDI, aku pi ambik kat sana. So 3 trip aku ambik orang hari tu, nasib baik aku cuti.
Pagi rabu gi hantar parent aku ke KLIA jam 3.00 pagi sebab depa nak pi umrah. Balik rumah dah dekat pukul 6.00 pagi. Lepas tu terus ke ofis... memang ngantuk giler.

Jumaat, mak mertua aku lak sampai. Abang ipar aku belanja makan kat Wafaa Seafood, Kg Melayu Subang. Ikan siakap stim limau cili padi dia memang sedap. Siakap tiga rasa pun sedap.

Sabtu, bawa bini aku ke Pantai Medical Centre, check up. Lepas tu bawa Ammar jumpa dentist. Gigi geraham dia kena cabut sebab gusi dah bengkak.. Kesian juga tengok dia nangis masa kena cucuk tu.. sampai terkencing dalam seluar la. Iqa pulak kena suruh keluar masa nak cabut gigi Ammar taku dia trauma. lepas Ammar, dia pun masuk balik, pucat giler.. Nasib baik gigi dia tak ada yang sakit walaupun banyak yang dah rongak..
Balik dari dentist singgah Tesco beli barang. Ammar minta dibelikan CD Power Ranger sebagai upah cabut gigi. Hantar budak budak balik rumah, terus ke Kepong, ada kenduri kahwin Zainal Akla @ Enal, junior kelab kenu UUM.
Petang tu, bapa mertua aku ajak pi Puchong, dia nak beli lampu garden. Ada satu kedai lampu yang aku tau harga dia cukup murah. Dekat dengan TESCO Puchong. Nama kedai tu Top Ten. Dia beli 5 lampu garden jenis spot light.. Alamat 31 Ogos ni aku kena balik Batu Pahat buat wiring untuk lampu lampu tu la...



Tuesday, 11-Jul-2006 01:41 Email | Share | | Bookmark
Hujung minggu yang sungguh sibuk

Dah water confident
Bermula ngan hari Sabtu, pagi-pagi dah ke Pantai Medical Centre sebab aku ada monthly appointment ngan doktor yang merawat sakit darah tinggi aku. Kebetulan juga aku ada appointment untuk executive screening programme (medical check up) di hospital yang sama. Nak jadikan cerita, bini aku pun ada appointment dengan pakar O&G (Dr Idris).

Mula-mula aku buat chest x-ray, lepas tu buat ultra sound untuk kidney, liver dengan pankreas. Then pi lab untuk ambil sample blood dengan urine. Lepas tu buat stress test.. aku cuma dapat habiskan 8 minit daripada 12 minit yang disyaratkan. Aku dah rasa nak pitam so aku minta doktor berhentikan stress test tu. Lepas tu baru jumpa doktor. Doktor kata dia nak buat ujian lanjut sebab graf tu tunjuk jantung aku ada masalah untuk supply darah bila aku berlari more then 5 minit. Ujian tu, echo sound untuk tengok samada jantung aku makin menebal atau ada tanda tanda salur darh mengecil. Aku minta dia buat masa next visit sebab masa pun dah denkat pukul 12.00 tengahari, aku dah janji nak bawa family ke PD. Meanwhile, bini aku pun dah habis check-up dengan Doktor Idris. Everything seems to be normal, baby pun dah 7 bulan. Confirm boy.

Terus balik rumah, isi barang dalam kereta dan bertolak ke PD dalam pukul 1.40 petang. Iqa demam sikit so bagi dia makan ubat demam. Singgah di Dengkil, makan tengahari. Iqa muntah pulak, terpaksa la gantikan baju dia. Sampai PD dah kat pukul 3 petang. Sepanjang perjalanan, budak budak tu tidur.
Sampai je kat Seri Bulan Apartment, dua-dua tu dah siap pakai baju mandi ajak pi mandi kolam. Start mandi dari kul 4.30 sampai la kat pukul 7 baru nak balik... memang puas hati la depa mandi.

Malam memang tak kemana sebab ada Konsert AF 4. Esok pagi pagi, kul 8.30 dah ada kat kolam... Lepas tu pi lepak kat pantai pulak. Main pasir sampai kat kul 1.00 tengahari. Puas pujuk baru nak balik. Lepas makan aku tertidur sekejap. Tup tup kul 4 dua dua tu dah bising ajak pergi kolam lagi. Aduhhh tak reti penat langsung depa ni.. Terpaksa la temankan depa pi kolam.. Lepas tu pi pantai lagi. main pasir lagi. Balik apartment dah dekat kul 7 malam. Pintu pagar pun dah kunci. Terpaksa la menyelinap ikut lubang pagar.. Ammar siap kata "Esok tak nak pergi pantai lagi la.. Pintu kunci pulak"

Malam tu pun tak kemana.. Aku beli durian, murah juga, makan durian sampai tak leh tidur, panas. Bagus juga, boleh berjaga tengok final WC 2006. Itali menang setelah penentuan dibuat secara tendangan penalti.

Pagi Isnin, nak pergi kolam lagi. Kali ni dah tak ada orang. semua orang dah balik. Hanya kami satu family je yang ada. Pukul 11 pagi, dah balik, kemas barang dan by 1.00 tengahari dah sampai kat Shah Alam.

Kesimpulannya, anak anak aku tu memang hantu air, macam aku juga.. Dua dua dah ada water confident, siap mandi kat kolam 4 ft ngan aku tapi kena pakai arm float tu la.. Cuma yang bagusnya depa dah tak panik dan dah boleh manuever dalam air dengan baik.

Aku langsung tak ambik gambar kat PD ni.. Macam malas pulak nak ambik gambar, lagipun kebanyakkan masa kat dalam air.... kena beli underwater camera la jawabnya...

Ni ada la gambar kat PD masa trip trip yang terdahulu.


Friday, 7-Jul-2006 06:41 Email | Share | | Bookmark
Lamanya tak update....

Bersama Orang Utan Zoo Negara
Sungguh sungguh aku nak lawan... tapi kalah juga
Berkenan ke??
Fuhhhh lama gila dah tak update... aku memang sibuk sungguh. start dengan interview bebudak nak masuk CMGTS hingga la Pesta Sukan Kementerian Kewangan yang baru berakhir.... bulan Julai ni pun sibuk juga. Bebudak CMGTS tu dah lapor diri..

Ammar dapat no 3 dalam kelas dia masa aku gi ambil report card hari tu.. Ok la for a 5 years old kid sitting in a class comprises of 6 years old kid and express class somemore. Memang ada banyk perubahan since hantar dia tuisyen ngan Ummi Liza kat belakang rumah... La ni dia dah boleh buat addition, subtract, multiply dengan division. Mandarin dia pun makin baik, sampai aku sendiri tak paham bila dia sembang ngan Iqa kat rumah...

Syafiqah pulak dapat no 1, terkejut juga sebab langsung tak expect dia akan cemerlang macam tu sebab dia ni malas sikit macam aku dan suka main main. Lagipun dia duk dalam kelas 5 years old kid walaupun baru 4 years old. So starting bulan Julai ni dia dah join abang dia kat tuisyen class.. hopefully dia pun akan cepat dapat semua skill macam abang dia juga la..

So hari tu bawa depa pi Toys R Us kat One Utama untuk belikan hadiah. Esok nak pi PD pulak sebab dah janji bawa depa pi swimming.

Ni ada gambar yang terbaru juga la.. kat Zoo Negara.. Dapa bergambar ngan Oarang Utan sebagai balasan aku volunteer untuk lawan kopek kelapa ngan Orang Utan tu... kalah beb.....


[<<  <  [1]  2  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net